SELAMAT DATANG

azimachocz sedia menerima tempahan untuk 'door gift', hari jadi, hari guru, kenduri kesyukuran, majlis cukur jambul atau apa saja majlis. Jangan gusar, jangan bimbang, coklat yang kami gunakan dijamin halal.




untuk kekawan



Sori la, gambar tak clear. Yang ni untuk diberi kepada kawan-kawan - Puan Normali Ibrahim, Puan Razani Yaakob (SMK Taman Desa) dan Puan Anita Tajudin (SMK Rawang). Harap sukka ye.

Tempahan Cik Noratiqah

Salam untuk semua. Yang nie, tempahan daripada cik Noratiqah Mohd Amin, dari SMK Kepong untuk kakaknya yg akan melangsungkan perkahwinan di Kelantan. Nak dijadikan hadiah kepada "keluarga sebelah" katanya. Dia minta dibuatkan rose kale2, packing ala-ala macam lampu trafik. Milk choc dengan filing bluberi, mocha dan hazelnut.



Yang ni free gift untuk Atiqah .



Terima kasih ye Tiqah. Nanti ode lagi untuk majlis kahwin Tiqah pulak ya.






coklat untuk puan normahlily

Salam untuk semua. Banyak hari tak jengah blog ni. N3 kali tempahan daripada ibu kepada kawan baik anak ummi. Katanya, untuk makan-makan. TQVM. Lain kali bolehla ode lagi ye.









Makan-makan

Salam untuk semua.
Yang ni saje2 buat untuk makan sendiri. Suami suka sangat sebab katanya kalau makan coklat kedai, giginya sakit. Makan coklat buatan isteri, gigi tak sakit. Hehe...syoknya dipuji suami sendiri. Bukan nak angkat bakul sendiri ye....kenyataannya memang begitu. Betul tak Awin??? Dari kiri, filing peanut butter, mocha, strawberi dan bluberi. Next time, nak try filing oren, durian, yam n mint pulak. Harap-harap menjadi.

Dah abes da....

hadiah hari jadi

Salam untuk semua.
Yang ni dibuat atas permintaan anak ummi untuk dihadiahkan kepada sahabat karibnya sejak tadika lagi, Fatimah, sempena ulang tahun kelahiran yang ke-17 pada hari ini, 22 Mac 2010. Setiap satu dengan filing yang berbeza, strawberi, bluberi, raisin + almond nib, roasted almond dan hazelnut. Semoga panjang umur, sentiasa sihat, sentiasa menjadi anak yang solehah dan cemerlang di dunia dan akhirat.


Jika ada yang berkenan, sila email/sms. Ada 3 pilihan warna kotak seperti di atas.

untuk sedara mara

Salam untuk semua.
N3 kali ni, coklat untuk Pak Mentua & sedara mara yang berada di utara. Nak makan coklat, ingat kami ye.

Yang di bawah ni, hadiah untuk Faridah Saleh, sepupu suami yang melangsungkan perkahwinan pada 20 Mac yg lepas. Yang berwarna oren adalah coklat berperisa oren dengan filing mocha + almond nib, yang bentuk love satu lagi tu dark choc + filing whole roasted almond.



Yang bentuk bunga tu, milk choc + 2 biji hazelnut. Semoga berbahagia. Nampak coklat, ingat kak cik kat sini ye.



happy birthday, awin

Salam.
N3 kali ni, choc untuk anak sdara, awin, yg tinggal di Shah Alam. Sori awin, ini aje yg sempat ummi buatkan. Apapun, awin suka kan? Hepi bday...

Birthday girl - Nur Aqilah Azween dengan choc umminye. Sempat juga tolong mamanye menggoreng cengkodok. Birthday diraikan di UK....jauh tu...Ulu Kalong, dekat Hulu Yam, Selangor. Nak kelainan katanya. Makan2....cengkodok n ubi rebus. Pas 2, mandi-manda. Besttttttttttt


Maliah punye coklat

Salam untuk semua. Coklat ni atas permintaan Pn Maliah untuk dibawa pulang ke Bangkok. Katanya, untuk makan2 dengan member2 ofis. Pn. Maliah minta dibuatkan kurma bersalut coklat, dan saya tambahkan dengan roasted almond sebagai ganti biji kurma. Inila hasilnya...dalam pelbagai bentuk. Yang dalam container bereben biru tu, hadiah daripada saya untuk Pn Maliah...........assorted praline. Harap selamat sampai ke Bangkok ye....Jangan lupa...ode lagi. TQ.

untuk mak ngah, pak ndak n nana

Salam untuk semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak ngah n pak ndak bersama keluarga masing2 yang datang dari Singapura menziarahi kami adik beradik di Rawang. Coklat ni sebagai hadiah yang tak seberapa daripada kami semua. Harap suka ye.
Sudi2kanlah ziarah kami lagi.......


HADIAH LAGI......

Nie apa plak? Marile kita meraikan kejayaan anak-anak kita, anak-anak sdara kita, anak-anak jiran kita, cucu2 sdara kita dan sesape aje yang ada kaitan dengan kita, yang telah berusaha dengan gigih untuk memberikan kegembiraan kepada kita. Jom layan..............



Jika ada yang berkenan, email/sms saya ye. Boleh disediakan mengikut bajet anda.



UNTUK KEKAWAN

Salam kepada semua. N3 kali ni, hadiah untuk Pn. Wan Khairiah Wan Ali. Harap Wan K suka ya.
Yang ni plak, hadiah untuk Pn. Wan Zakiah Wan Omar, semasa saya berkunjung ke rumahnya baru-baru ini. Makan mak tok, jangan simpan2. Dah abes, ode lagi yek.








A GIFT la lagi....

Yang ni 6 biji coklat dalam kotak book style, sesuai untuk dijadikan hadiah....

Yang nie plak 12 biji. Harga? SMS saya ye...

COKLAT UNTUK HANTARAN????TUNGGU PROJEK BULAN MEI, khas untuk Dr. Ahmad Arieff , dengan gubahan hantaran by CHENTA. Tunggu ye...


A GIFT

Yang ni projek sebelum buat blog, untuk dihadiahkan kepada member2 yang menyambut CYN pada Februari lepas. Suka eje .....layanla gambarnya ek....dapat upload yang ni aje. Yang lain ntah apesal tak leh. Ala kak cik doktor ei...balik le...