SELAMAT DATANG

azimachocz sedia menerima tempahan untuk 'door gift', hari jadi, hari guru, kenduri kesyukuran, majlis cukur jambul atau apa saja majlis. Jangan gusar, jangan bimbang, coklat yang kami gunakan dijamin halal.




Happy birthday to 3 generasi

Salam untuk semua. N3 tengah malam ni, coklat untuk 3 generasi yang berkongsi hari ulang tahun pada bulan April, pada tarikh yang berbeza, tetapi majlis dibuat pada hari yang sama, 25 April 2010. Selamat hari ulang tahun kepada Haji Abdullah, besannya, Haji Abd. Ghani, menantu Johari Mat Lazim dan cucu2 mereka Ayin dan Ilham (putera dan puteri kepada pasangan Saifullyzan Abdullah dan Faten Adibah Abd. Ghani)


Mario dan coklat edible image Ben 10 ni untuk Ilham. Dalam kotak biru, jam Ben 10 juga.Yang ni untuk Ayin, coklat edible image Barbie, jam tangan Barbie, tapi anak patung tu cuma dapat Hello Kitty aje. Tak apa ye Airene, tahun depan ummi (dia orang ni tak nak panggil ummi - nenek!) carikan yang lain pulak.

(ayoooo, gambar terdelete pulak!)

Sori la cucu-cucu sdara ummi. Ummi cuma dapat buat bungkusan camni aje. Apapun, semua suka kan?





Special delivery to SK Rawang

Salam untuk semua.
N3 kali nie, tempahan daripada rakan setugas, Nor Farahin Mahat untuk birthday hubbynya, Mohd Shahir Mohd Shah. Pening kepala nak bagi surprise apa kat suaminya. Fikir punya fikir, sebab ummi dok Rawang, maka dimintanya ummi buatkan coklat untuk suami tercinta, n minta tolong ummi hantarkan terus ke sekolah suaminya bertugas. Tak pe la, sebab dekat sejengkal aje rumah ummi dengan sekolah tu, tak de charge delivery. Terima kasih banyak2 ye Ain. Moga kalian berdua berbahagia hingga ke akhir hayat dan dianugerahkan oleh Allah cahaya mata yang comel2.Mmmm...muah...muah...

Ain tempah 2 kotak coklat untuk suaminya, sebab suaminya pencinta coklat, dan juga untuk makan-makan dengan geng.


Ain piih 4 bentuk coklat - rose, leaf, love n shell. Terima kasih daun keladi, lain kali ode la lagi.

Esok, birthday di Puchong Prima pulak. Jumpa di sana...



biskut choco

Salam untuk semua. N3 kali, biskut choco untuk anak-anak sdara n cucu-cucu sdara ummi, dan tentunya untuk anak-anak ummi juga. Dah habis pun. Apa pun, terima kasih kepada acik azu (D Taste) yang telah membekalkan mold untuk ummi. Sebelum ni, ummi gunakan bekas plastik yang transparent, besarla sikit. Yang ni comel sikit, tapi ummi masih tak puas hati dgn kualitinya, coz ummi letak gambar dulu, baru boh choc. Tu yg nampak meleleh kat tepi gambar. Dah tau teknik yg betul, tapi tak dan lagi nak buat. So, layan yg ni dulu... Yang ni biskut choco bentuk bunga. Ummi guna biskut Cream O. Bentuk love pun ada, tapi tak dan lagi nak buat.


Yang ni plak, mold wafer, tapi ummi guna biskut panjang 2 keping (ala-ala rokok. AWAS..rokok membahayakan kesihatan. Minta maaf la ye, ummi tak gemar orang yang merokok). Yang sebenarnya masa cari wafer tu tak jumpa. Malas nak pi merata kedai, so biskut pun jadi la. Yang ni anak ummi nak jual kepada kawan2nya di SAMER. Packing dalam plastik transparent aje. Budak2 la ni pandai cari duit. Tapi Alhamdulillah, anak ummi tak lupa pada pelajarannya. Moga cemerlang di dunia dan akhirat.

Saiz lebih kurang 3" x 1" x 0.5". TQ to CBT yg membekalkan mold.

PRODUK AKAN DATANG : CHOCOLATE BOX. Ntah bila la dapat buat. Mold dah ada tapi tak dan lagi nak buat. Moga diberi Allah kesihatan yang berpanjangan kepada hambaNya yang lemah ini.




Salam untuk semua. N3 kali nie, sebahagian tempahan daripda cikgu Zarina Othman dari SK(P) TREACHER METHODIST, TAIPING. Untuk makan-makan, katanya. Bolehla ode lagi ye. Yang nie, anak ummi soh buat, untuk jualan kepada kawan2 di SAMER. Terima kasih semua. Moga semua berjaya dalam pelajaran, cemerlang di dunia dan akhirat.


LOLI LOLI

Salam untuk semua.
Lolichoc ni untuk cucu-cucu sdara ummi - iffah, harraz n khayra. Harraz paling suka....shelet ummi, shelet ummi. He...he...he..pelat lagi budak ni.



Jika ada yang berkenan di hati, sila email/sms ya.