SELAMAT DATANG

azimachocz sedia menerima tempahan untuk 'door gift', hari jadi, hari guru, kenduri kesyukuran, majlis cukur jambul atau apa saja majlis. Jangan gusar, jangan bimbang, coklat yang kami gunakan dijamin halal.




Hadiah untuk pengantin baru dan hari jadi

salam untuk semua.
N3 pada kali ini ialah sumbangan ikhlas daripada ummi untuk pengantin-pengantin baru dari Tangkak, Johor dan Permatang Pauh. Selamat Pengantin Baru buat mereka, moga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.


Chocolate Box ni ummi hadiahkan untuk anak buah ummi, Dr. Ahmad Arieff dan pasangannya, Dr. Irda Yuhanis. Sila lihat Chenta2008.blogspot.com (oopps...belum upload lagi!)

Yang ni pula ummi hadiahkan kepada sepupu suami ummi di Permatang Pauh, Rupizana dan pasangannya Mohd Shukri.



Ini pula sebahagian daripada 400 pek door gift buat ibu pengantin, Mak Ngah Ropidah.
Coklat box di bawah ni pula dah lama tersimpan dalam henfon, tak sempat nak upload-hadiah hari jadi buat Maliah pada 20 Mei yang lepas, juga sebagai hadiah selamat kembali ke Malaysia dari Bangkok.


Minta maaf la ye...tulisan tu macam budak baru belajar menulis. 1st time ummi buat, herot berot jadinya.
"TAHNIAH AMIRUL" ummi hadiahkan untuk anak buah ummi yang dapat menyambung pelajarannya ke UITM, Puncak Alam. Belajar rajin-rajin ya Mirul. Moga dapat jadi engineer yang soleh, cemerlang di dunia dan akhirat.


















0 comments:

Post a Comment