SELAMAT DATANG

azimachocz sedia menerima tempahan untuk 'door gift', hari jadi, hari guru, kenduri kesyukuran, majlis cukur jambul atau apa saja majlis. Jangan gusar, jangan bimbang, coklat yang kami gunakan dijamin halal.




Hari Kecemerlangan Ilmuwan

Salam untuk semua.
N3 lewat tengah malam ni ialah tempahan daripada kawan-kawan anak ummi di SAMER, untuk meraikan kawan-kawan mereka yang menerima anugerah sempena Hari Kecemerlangan Ilmuwan yang diadakan pada 2 Mei 2010. Kad ucapan dibuat sendiri oleh mereka. Sebahagian daripada Coklat Cream O dengan pelbagai edible image.
Asalnya tempahan tanpa reben, tapi ummi tak sampai hati pulak, so ummi ikatkan dengan reben pelbagai warna secara percuma. "Budak-budak" kan! Lagipun mereka ni pelanggan setia anak ummi.

Yang ni hamper mini, 3 biji praline pelbagai inti dalam kontainer plastik, dengan bear saiz lebih kurang 2 inci.

Yang ni pula, lolychoc bentuk bear, love dan bunga. Saja ummi letakkan pada bekas bunga pahar untuk diambil gambarnya. Fikir punya fikir, agak-agak kalau dijadkan bunga pahar pun ok juga kot? Packing cantik-cantik, tambahkan dengan reben dan bunga. Pasti "meletup" Ada yang nak cuba???
Apa pun terima kasih daun keladi kepada kawan-kawan anak ummi ye. Lain kali bolehla oder lagi. Moga2 kalian semua terus berjaya dengan cemerlang. Cemerlang di dunia dan akhirat.



0 comments:

Post a Comment