SELAMAT DATANG

azimachocz sedia menerima tempahan untuk 'door gift', hari jadi, hari guru, kenduri kesyukuran, majlis cukur jambul atau apa saja majlis. Jangan gusar, jangan bimbang, coklat yang kami gunakan dijamin halal.




Majlis menyambut menantu

Salam untuk semua.
N3 kali ni , 50 kotak door gift untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan pengantin Dr. Ahmad Arieff . Kotak biru (disumbangkan oleh adik ummi yg ditempah khas dari Bangkok) berisi dengan 2 biji praline - dark n milk choc. beserta kek lapis (sumbangan kakak ipar dari Pontian)

Yang ni 3 biji praline dibalut dengan kertas aluminium pelbagai warna dan diisi ke dalam kotak (300 kotak) untuk tetamu-tetamu cilik.
Tahniah buat ibu bapa pengantin yang mendapat menantu sulung.

Selamat Pengantin Baru

Salam untuk semua.

N3 kali ni ialah sumbangan ikhlas ummi untuk anak Kak Ani, jiran sebelah rumah yang melangsungkan perkahwinan pada 5 Jun 2010. Design ditiru dengan izin tuan punya Kokolait. TQ Mariah, moga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat Mariah sekeluarga.

Sentuhan akhir...SELAMAT PENGANTIN BARU buat Farhana & Faizal. Moga bahagia hingga ke akhir hayat.

Lolichoc pelbagi bentuk ni ummi hadiahkan juga kepada kak Ani, untuk diberi kepada tetamu-tetamu cilik.