SELAMAT DATANG

azimachocz sedia menerima tempahan untuk 'door gift', hari jadi, hari guru, kenduri kesyukuran, majlis cukur jambul atau apa saja majlis. Jangan gusar, jangan bimbang, coklat yang kami gunakan dijamin halal.




Hadiah untuk pengantin baru dan hari jadi

salam untuk semua.
N3 pada kali ini ialah sumbangan ikhlas daripada ummi untuk pengantin-pengantin baru dari Tangkak, Johor dan Permatang Pauh. Selamat Pengantin Baru buat mereka, moga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.


Chocolate Box ni ummi hadiahkan untuk anak buah ummi, Dr. Ahmad Arieff dan pasangannya, Dr. Irda Yuhanis. Sila lihat Chenta2008.blogspot.com (oopps...belum upload lagi!)

Yang ni pula ummi hadiahkan kepada sepupu suami ummi di Permatang Pauh, Rupizana dan pasangannya Mohd Shukri.



Ini pula sebahagian daripada 400 pek door gift buat ibu pengantin, Mak Ngah Ropidah.
Coklat box di bawah ni pula dah lama tersimpan dalam henfon, tak sempat nak upload-hadiah hari jadi buat Maliah pada 20 Mei yang lepas, juga sebagai hadiah selamat kembali ke Malaysia dari Bangkok.


Minta maaf la ye...tulisan tu macam budak baru belajar menulis. 1st time ummi buat, herot berot jadinya.
"TAHNIAH AMIRUL" ummi hadiahkan untuk anak buah ummi yang dapat menyambung pelajarannya ke UITM, Puncak Alam. Belajar rajin-rajin ya Mirul. Moga dapat jadi engineer yang soleh, cemerlang di dunia dan akhirat.


















SELAMAT HARI GURU

Salam untuk semua.
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik anak bangsa. "Guru Pembina Negara Bangsa"
N3 kali ni ialah tempahan sempena Hari Guru oleh guru-guru juga untuk dihadiahkan oleh anak-anak mereka kepada guru masing-masing.
Daripada GKMP Teknik & Vokasional SMK Kepong untuk anak-anak buahnya.

Daripada En. Azib bin Othman, SEMEKAR

130 pek daripada Cikgu Siti Asidah Md Zin.


30 kotak daripada Cikgu Zarina Othman, Taiping Perak.

Daripada Cikgu Razani Yaacob, SMK Taman Desa.

Daripada anak-anak ummi untuk cikgu mereka.
Harap semuanya suka dan sentiasa bersemangat untuk menggalas amanah yang diberi.








Pelbagai peristiwa

Salam untuk semua.
N3 kali ni ialah tempahan daripada kawan-kawan anak ummi, Cikgu Anita Tajudin dan Nurul Ezyan. I luv Mom, tempahan daripada kawan-kawan anak ummi untuk ibu-ibu mereka sempena Hari Ibu. Jangan lupa ye, setiap hari adalah Hari Ibu, bukan bulan Mei saje. Apa pun terima kasih atas tempahan. Ummi doakan kesejahteraan untuk semua.

Cream O edible imej ni pula tempahan daripada Cikgu Anita, dari SEMEKAR ,untuk birthday satu-satunya anak lelakinya, HARITH.



Lolychoc smiley

Hadiah birthday daripada Ummi untuk HARITH. Mudah-mudahan Harith akan jadi anak yang soleh ya.

Ditambah dengan hiasan bear yang comel-comel.

Yang ni pula tempahan daripada Nurul Ezyan untuk ibu tersayang, juga sempena HARI IBU, untuk kakak-kakaknya dan pensyarahnya di UKM.






Minta maaf ye Yan, gambar tak clear. Ummi guna henfon kuno aje.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang meng"order". Lain kali sudi-sudikanlah oder lagi.












Hari Kecemerlangan Ilmuwan

Salam untuk semua.
N3 lewat tengah malam ni ialah tempahan daripada kawan-kawan anak ummi di SAMER, untuk meraikan kawan-kawan mereka yang menerima anugerah sempena Hari Kecemerlangan Ilmuwan yang diadakan pada 2 Mei 2010. Kad ucapan dibuat sendiri oleh mereka. Sebahagian daripada Coklat Cream O dengan pelbagai edible image.
Asalnya tempahan tanpa reben, tapi ummi tak sampai hati pulak, so ummi ikatkan dengan reben pelbagai warna secara percuma. "Budak-budak" kan! Lagipun mereka ni pelanggan setia anak ummi.

Yang ni hamper mini, 3 biji praline pelbagai inti dalam kontainer plastik, dengan bear saiz lebih kurang 2 inci.

Yang ni pula, lolychoc bentuk bear, love dan bunga. Saja ummi letakkan pada bekas bunga pahar untuk diambil gambarnya. Fikir punya fikir, agak-agak kalau dijadkan bunga pahar pun ok juga kot? Packing cantik-cantik, tambahkan dengan reben dan bunga. Pasti "meletup" Ada yang nak cuba???
Apa pun terima kasih daun keladi kepada kawan-kawan anak ummi ye. Lain kali bolehla oder lagi. Moga2 kalian semua terus berjaya dengan cemerlang. Cemerlang di dunia dan akhirat.



MY 1ST CHOCOLATE BOX

Salam untuk semua.
N3 kali ni ialah chocolate box yang pertama kali ummi buat. Mold ummi beli daripada Sirihcraft. Thanx Ila. Chocolate box diisi dengan 3 biji praline.


Chocolate box dengan penutupnya.

Inilah hasilnya. Ummi hadiahkan kepada rakan setugas, Wan Khairiah Wan Ali (belated birthday!). Wan K ni tak suka sangat makan coklat, tapi ummi saja bagi kat dia. Harap-harap lepas ni Wan K suka makan coklat, especially Azima's Homemade Chocolate.



Tempahan Puan Normahlily

Salam untuk semua.
N3 lewat petang ni ialah tempahan kali kedua daripada Puan Normahlily. Katanya, untuk dihadiahkan kepada 'keluarga sebelah' anak saudaranya yang melangsungkan perkahwinan pada 1 Mei 2010 di Batu Pahat, Johor.


Tambahan oder daripada beliau, loose pack, untuk makan-makan.

Biskut choco ni ummi hadiahkan kepada Puan Normahlily atas kepercayaannya kepada ummi. Terima kasih daun keladi, lain kali bolehla oder lagi.