SELAMAT DATANG

azimachocz sedia menerima tempahan untuk 'door gift', hari jadi, hari guru, kenduri kesyukuran, majlis cukur jambul atau apa saja majlis. Jangan gusar, jangan bimbang, coklat yang kami gunakan dijamin halal.




Wishing U All The Best

Salam.
N3 kali ni tempahan daripada Nasrul, SAMER, dan Puan Anita Tajudin , tuan punya Summery Living.

Terima kasih daun keladi....


Reunion

Salam. N3 kali ni ialah tempahan lama daripada anak buah ummi, Dr. Hanie Abdullah.


Terima kasih daun keladi. Lain kali sudi2 ode lagi ye.


Hari Lahir

Salam untuk semua.
N3 tengah malam ni ialah tempahan daripada Dr. Hanie untuk ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-4. Milk choc - ada bear, botol susu, kasut, biji kopi....macam2 la...

TQ Dr.

Yang ni untuk Cik Wanie dari SEMEKAR. Set 3 pcs dalam kontainer plastik.

Lolichoc Smiley, love n flower, juga daripada Cik Wanie.
Terima kasih daun keladi, oder lagi ye.






Biru Pink

Salam untuk semua.
N3 kali ni tempahan daripada Linda dan Ayu. Penutup coklat (dark choc.) dengan almond nib.
Milk choc berisi badam.

Choc. box ni hadiah daripada Linda untuk adik iparnya yang tamat pengajian PHD di UK. Tahniah Doktor Mazliana Ahmad Kamarudin. Comel sangatla kak oi...lain kali hadiah yang besar sikit no.


Yang ni pulak daripada Ayu, sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-3 pada 7 Julai 2010. Nak kale biru pink dengan filing campur-campur.

Kat penutup pun ummi boh almond nib.


Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat buat Zam & Ayu. Ceria-ceria selalu. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh la tempah lagi ye.







Majlis menyambut menantu

Salam untuk semua.
N3 kali ni , 50 kotak door gift untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan pengantin Dr. Ahmad Arieff . Kotak biru (disumbangkan oleh adik ummi yg ditempah khas dari Bangkok) berisi dengan 2 biji praline - dark n milk choc. beserta kek lapis (sumbangan kakak ipar dari Pontian)

Yang ni 3 biji praline dibalut dengan kertas aluminium pelbagai warna dan diisi ke dalam kotak (300 kotak) untuk tetamu-tetamu cilik.
Tahniah buat ibu bapa pengantin yang mendapat menantu sulung.

Selamat Pengantin Baru

Salam untuk semua.

N3 kali ni ialah sumbangan ikhlas ummi untuk anak Kak Ani, jiran sebelah rumah yang melangsungkan perkahwinan pada 5 Jun 2010. Design ditiru dengan izin tuan punya Kokolait. TQ Mariah, moga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat Mariah sekeluarga.

Sentuhan akhir...SELAMAT PENGANTIN BARU buat Farhana & Faizal. Moga bahagia hingga ke akhir hayat.

Lolichoc pelbagi bentuk ni ummi hadiahkan juga kepada kak Ani, untuk diberi kepada tetamu-tetamu cilik.







Hadiah untuk pengantin baru dan hari jadi

salam untuk semua.
N3 pada kali ini ialah sumbangan ikhlas daripada ummi untuk pengantin-pengantin baru dari Tangkak, Johor dan Permatang Pauh. Selamat Pengantin Baru buat mereka, moga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.


Chocolate Box ni ummi hadiahkan untuk anak buah ummi, Dr. Ahmad Arieff dan pasangannya, Dr. Irda Yuhanis. Sila lihat Chenta2008.blogspot.com (oopps...belum upload lagi!)

Yang ni pula ummi hadiahkan kepada sepupu suami ummi di Permatang Pauh, Rupizana dan pasangannya Mohd Shukri.



Ini pula sebahagian daripada 400 pek door gift buat ibu pengantin, Mak Ngah Ropidah.
Coklat box di bawah ni pula dah lama tersimpan dalam henfon, tak sempat nak upload-hadiah hari jadi buat Maliah pada 20 Mei yang lepas, juga sebagai hadiah selamat kembali ke Malaysia dari Bangkok.


Minta maaf la ye...tulisan tu macam budak baru belajar menulis. 1st time ummi buat, herot berot jadinya.
"TAHNIAH AMIRUL" ummi hadiahkan untuk anak buah ummi yang dapat menyambung pelajarannya ke UITM, Puncak Alam. Belajar rajin-rajin ya Mirul. Moga dapat jadi engineer yang soleh, cemerlang di dunia dan akhirat.