SELAMAT DATANG
azimachocz sedia menerima tempahan untuk 'door gift', hari jadi, hari guru, kenduri kesyukuran, majlis cukur jambul atau apa saja majlis. Jangan gusar, jangan bimbang, coklat yang kami gunakan dijamin halal.
Salam untuk semua.
N3 tengah malam ni ialah tempahan daripada Dr. Hanie untuk ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-4.

Milk choc - ada bear, botol susu, kasut, biji kopi....macam2 la...



TQ Dr.

Yang ni untuk Cik Wanie dari SEMEKAR. Set 3 pcs dalam kontainer plastik.

Lolichoc Smiley, love n flower, juga daripada Cik Wanie.
Terima kasih daun keladi, oder lagi ye.
Salam untuk semua.
N3 kali ni tempahan daripada Linda dan Ayu.

Penutup coklat (dark choc.) dengan almond nib.

Milk choc berisi badam.

Choc. box ni hadiah daripada Linda untuk adik iparnya yang tamat pengajian PHD di UK. Tahniah Doktor Mazliana Ahmad Kamarudin. Comel sangatla kak oi...lain kali hadiah yang besar sikit no.

Yang ni pulak daripada Ayu, sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-3 pada 7 Julai 2010. Nak kale biru pink dengan filing campur-campur.

Kat penutup pun ummi boh almond nib.


Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat buat Zam & Ayu. Ceria-ceria selalu. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh la tempah lagi ye.
salam untuk semua.
N3 pada kali ini ialah sumbangan ikhlas daripada ummi untuk pengantin-pengantin baru dari Tangkak, Johor dan Permatang Pauh. Selamat Pengantin Baru buat mereka, moga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.



Chocolate Box ni ummi hadiahkan untuk anak buah ummi, Dr. Ahmad Arieff dan pasangannya, Dr. Irda Yuhanis. Sila lihat Chenta2008.blogspot.com (oopps...belum upload lagi!)

Yang ni pula ummi hadiahkan kepada sepupu suami ummi di Permatang Pauh, Rupizana dan pasangannya Mohd Shukri.



Ini pula sebahagian daripada 400 pek door gift buat ibu pengantin, Mak Ngah Ropidah.
Coklat box di bawah ni pula dah lama tersimpan dalam henfon, tak sempat nak upload-hadiah hari jadi buat Maliah pada 20 Mei yang lepas, juga sebagai hadiah selamat kembali ke Malaysia dari Bangkok.


Minta maaf la ye...tulisan tu macam budak baru belajar menulis. 1st time ummi buat, herot berot jadinya.
"TAHNIAH AMIRUL" ummi hadiahkan untuk anak buah ummi yang dapat menyambung pelajarannya ke UITM, Puncak Alam. Belajar rajin-rajin ya Mirul. Moga dapat jadi engineer yang soleh, cemerlang di dunia dan akhirat.
Salam untuk semua.
N3 kali ni ialah chocolate box yang pertama kali ummi buat. Mold ummi beli daripada Sirihcraft. Thanx Ila.

Chocolate box diisi dengan 3 biji praline.


Chocolate box dengan penutupnya.

Inilah hasilnya. Ummi hadiahkan kepada rakan setugas, Wan Khairiah Wan Ali (belated birthday!). Wan K ni tak suka sangat makan coklat, tapi ummi saja bagi kat dia. Harap-harap lepas ni Wan K suka makan coklat, especially Azima's Homemade Chocolate.